Ibu Tunggal Bangkit Demi Anak-Anak


Saya merupakan ibu tunggal kepada 2 orang puteri dan juga pengasas Nac Bakery. Bercita cita ingin membuka kedai kek sendiri. Alhamdulillah akhirnya berjaya dengan perniagaan dari rumah secara online walaupun belum diizikan untuk membuka kedai sendiri. Saya Bangkit dengan semangat anak2 walaupun telah melalui pelbagai cabaran, hinaan dari pelbagai ragam masyarakat serta ahli keluarga. saya membesarkan anak2 dengan seorang diri tanpa bantuan sesiapa setelah suami dijemput ilahi 8 tahun yang lalu akibat kemalangan amatlah perit untuk ditempuhi.

Dengan ini bermulalah kisah hitam saya dan anak2 pada 14hb September 2012 apabila mendapat berita bahawa suami telah meninggal d tempat kejadian lokasi di jitra kedah jam 730 malam, pada ketika itu kami anak beranak langsung tiada simpanan kerana saya tidak mempunyai pekerjaan dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Pada hari ketiga arwah meninggal saya terpaksa memungut besi di sekeliling rumah untuk membeli keperluan dapur dan belanja sekolah anak2. Namun nasib saya ada sinarnya,apabila hutang2 arwah dihalalkan oleh rakan2nya. Walaupun duit sumbagan jenazah banyak diterima oleh keluarganya namum ser sen pun kami tidak dapat merasai. Dengan bebekalkan duit ehsan dari sahabat2 saya Alhamdulillah dalam kesusahan itu saya tetap berusaha sebab yg pertama saya tidak mahi anak2 menderita dgn kesedihan yang telah berlaku.

Tapi disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, apabila bekas mertua telah datang ke rumah kami untuk meminta kami keluar rumah dengan alasan rumah akan disewakan segera walaupun rumah itu adalah sebahagian rumah suami. Arwah ada pesan kepada saya bahawa "jika berlaku apa2 terhadap beliau jangan sesekali keluar dari rumah kerana dia percaya tiada sesiapa berani mengambil haknya". Dgn perjanjian air liur tanpa bukti surat menyurat akhirnya kami keluar dri rumah tersebut dgn sehelai sepingang mencari tempat perteduhan dgn menyewa rumah sekitar Jitra. Walaupun kami telah berpindah kami tetap diganggu oleh ahli keluarganya kerana keluarga beliau mahukan hak anak2 yang ditinggalkan oleh arwah . Iaitu duit pencen yang diterima oleh saya setiap bulan sebanyak rm300. Anak2 terus diganggu oleh ahli keluargaya sehingga menjejaskan pelajaran dan kesihatan anak2.

Saya meneruskan kehidupan dgn memulakan satu perniagaan memproses mee kuning dgn berbekalkan duit ehsan dari sahabat2 saya. Alhamdulillah selama 5 tahun menjalankan perniagaan mee kuning di pasar tani, pasar malam dan membekalkan mee saya di kedai berdekatan jitra masih ada NUR dlm keluaga kami. Anak sulung sy telah mendapat cemerlang dlm spm beliau dan anak bongsu sy jugak telah mendapat pelajar yg terbaik. Jadi saya membuat keputusan untuk keluar dari kepompong kemiskinan dgn berhijrah ke pulau pinang. Dgn membekalkan duit simpanan yg ada hasil drpad perniagaan mee kuning kami menyewa rumah dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Pelbagai dugaan dan rintangan kami hadapi pula apabila di tempat org. Betulah pepatah megatakan hujan di negeri org Dgn itu lah terciptanya NAC BAKERY yang bermaksud NA hasil daripada nama kami anak beranak dan C pulak adalah Cake. Bersyukur Hasil ketabahan tanpa putus asa demi menyara kehidupan keluarga kecil kami.

No comments:

Post a Comment